Pengalaman Uber aku bermula pada tahun 2017. Masa tu ofis aku lambat bayar gaji 3bulan. Dalam bingung tu aku dapat juga kerja part time mengajar utk tanggung hidup, tapi memang xcukup. So aku mesti cari lagi satu sumber pendapatan utk sustain hidup di kota raya yg kejam ini.
Berbekalkan Samsung S2 pinjam dan kereta Saga FairLady 2012, aku pun daftar Uber selepas tanya2 sorang member yg terlebih dahulu memulakan kariernya sebagai seorang driver dan meminta pandangan beliau. Aku daftar melalui ejen yg aku jumpa d FB sebab usaha aku daftar sendiri menemui jalan buntu, 2 minggu lepas daftar barulah aku mulakan trip pertama aku.
Jam8 pagi hujung minggu, aku on Uber dan terima request pertama aku. Aku lupa siapa nama, yg aku masih ingat, nama tu nama perempuan. Pin location di IKM Sepanggar. Aku berdebar mau tentukan personaliti aku sebagai driver, patutkah aku jadi driver yg peramah atau yg pendiam. Sambil drive ke pick up location, aku putuskan utk jadi driver yg peramah.
Aku sampai ke pick up location tapi tiada kelibat perempuan tu. Aku jalan ke depan sikit tunggu dekat apartment, pun tiada perempuan tu muncul. Aku start gelabah. Aku tey call tapi xangkat. Aku sambung gelabah. Takkan la first trip aku terpaksa cancel. Aku decide utk habiskan 5minit tempoh menunggu di depan pondok guard IKM. Aku pun terjenguk-jenguk, intai-intai kelibat rider perempuan aku yg nda kunjung tiba ni.
Tiba-tiba aku perasan sorang remaja lelaki yg sedang duduk tepi pondok guard toleh tengok aku. Budak ni dari aku first sampai tadi memang sudah menunggu sana, sambil main fon. Dia terus menuju ke kereta aku dan sebut nama aku. Aku iyakan.
Rupanya kawan perempuan dia yg requestkan Uber utk mamat ni. Damn. Aku hantar dia ke area kedai baru depan Politeknik. Aku rasa lucu sebab dalam 3minit la juga aku tunggu baru dia perasan.
Begitulah cerita trip pertama aku. Sekian.
No comments:
Post a Comment