Syarikat kereta buat RND bertahun-tahun untuk design satu kereta, termasuklah syarikat kereta nasional. Tinggi kereta, besar tayar, injin dan komponen-komponen lain untuk melancarkan perjalanan di jalan raya.
Tapi ada malaun yang keretanya bagus-bagus tinggi, direndahkan. Lowered katanya. Lalu bonggol, macam siput babi betul la. (sila letak noktah antara siput dan babi)
Ada yang tayarnya bagus-bagus lurus, dikangkangkan. Sporty katanya. Nenek dia sporty. Macam katak tahu?!
Ada yang injinnya bagus-bagus senyap, ditukar ekzos bagi bunyi kuat. Stailo katanya. Memekak macam motorbot.
Aku bukan anti geng-geng modify kereta ni, ikut suka hati ko la mau buat apa dengan kereta ko. Tapi ingat juga orang lain. Yang terpaksa tunggu lama ko maa lalu bonggol, yang pekak telinga dengar bunyi kereta ko.
Kalau ko modify kereta bagi tambah safety, itu aku boleh terima. Kalau tidak, I will just assume that you are a dumbass.
No comments:
Post a Comment