Saturday, June 26, 2021

Kisah Uber 5 - Di Mana Rumahnya?

 Dapat request dari UA1 ke Perumahan IP. Satu lagi request rutin yang aku boleh selesaikan walau dengan mata tertutup. "Ini 5minit pun boleh setel ni" aku bermonolog sendiri. Betapa yakin dan angkuhnya aku masa ni lepas hampir 6bulan buat kerja drive Uber part time.

Aku pun pergi ke pickup point yg ditanda. 5 orang gadis kecil molek, student aku jangka, ada free hair, ada yg bertudung, semua sopan berbaju kurung, macam hari raya. Aku elakkan fikiran dari memulakan imaginasi liar. Seorang dari mereka membuka pintu kereta, "kami 5 orang bang, boleh ka?" Soalnya. "Boleh ba, masukla" aku jawab sambil senyum.  

Sepanjang perjalanan yg aku jangka singkat tu kami berbual sikit. Budak-budak tu betul student sebuah kolej swasta di KK, diorang baru beberapa minggu di KK ni. Ada classmate diorang ajak menghadiri majlis kahwin di rumahnya. Patutlah pakai baju kurung.

Aku drive sampai ke pin location dalam apps. Masa masuk simpang last tu, aku rasa nda sedap hati sebab kalau di Sabah ni, kenduri kawin mesti pasang karaoke, paling kurang pasang lagu cinta. Lorong yang kami masuk tu sunyi sepi, langsung tiada tanda² kenduri.

Aku check alamat yg budak² tu key in, diorang kata kawan yg ajak tu bagi gps location, diorang guna location tu untuk request.  Aku terpaksa suruh budak2 tu minta alamat manual, biar aku cari sendiri. Sambil tunggu tu aku pusing jawasan perumahan IP tu utk cari tanda² kenduri. 15minit jugak aku pusing tanpa hala tuju, hampa, tiada hasil. Hari sudah hampir Maghrib. Aku pulak mula rasa kesian ke budak² tu sebab kalau kau ingat sistem Uber dulu, makin lama trip tu, makin mahal tambang walaupun jarak dekat.

Akhirnya alamat manual masuk, aku terus tanya pak guard terdekat supaya nda salah lokasi lagi. Rupanya rumah budak ni area perumahan elit, rumah banglo sebiji, mau masuk tu ada guard asing. Rumah paling hujung lorong, pasang kanopi tutup habis depan rumah dengan lorong depan tu. Orang kaya. Nampak ja kanopi tu, aku lega. Budak² tu pun dari muka lemas masing² jadi excited balik sebab jumpa rumah yg betul. Aku parking, end trip, tambang yg asalnya rm6 jadi rm18, diorang setuju bayar.

Time bayar tu, sorang budak tu bersuara "Bang, jom la ikut makan dulu, lepas tu abang balik la. Kesian lama cari rumah ni"

Aku masa tu memang tengah lapar, dari sebelum Maghrib sampai hampir habis Maghrib jalan cari rumah ni. Aku fikir kejap, last² aku jawab "Ndapa la dik, kamu duluan ja. Saya pun mau off suda ni. Thanks"

Aku terus offline lepas tu aku lupa aku pigi mana, mungkin aku pigi cari makan murah² sebab time aku Uber, aku bukan banyak duit mana pun. Kadang² makan roti. Ok begitulah ceritanya. Bye.

Friday, June 26, 2020

Pengalaman First Rider Uber

Pengalaman Uber aku bermula pada tahun 2017. Masa tu ofis aku lambat bayar gaji 3bulan. Dalam bingung tu aku dapat juga kerja part time mengajar utk tanggung hidup, tapi memang xcukup. So aku mesti cari lagi satu sumber pendapatan utk sustain hidup di kota raya yg kejam ini.

Berbekalkan Samsung S2 pinjam dan kereta Saga FairLady 2012, aku pun daftar Uber selepas tanya2 sorang member yg terlebih dahulu memulakan kariernya sebagai seorang driver dan meminta pandangan beliau. Aku daftar melalui ejen yg aku jumpa d FB sebab usaha aku daftar sendiri menemui jalan buntu, 2 minggu lepas daftar barulah aku mulakan trip pertama aku.

Jam8 pagi hujung minggu, aku on Uber dan terima request pertama aku. Aku lupa siapa nama, yg aku masih ingat, nama tu nama perempuan. Pin location di IKM Sepanggar. Aku berdebar mau tentukan personaliti aku sebagai driver, patutkah aku jadi driver yg peramah atau yg pendiam. Sambil drive ke pick up location, aku putuskan utk jadi driver yg peramah.

Aku sampai ke pick up location tapi tiada kelibat perempuan tu. Aku jalan ke depan sikit tunggu dekat apartment, pun tiada perempuan tu muncul. Aku start gelabah. Aku tey call tapi xangkat. Aku sambung gelabah. Takkan la first trip aku terpaksa cancel. Aku decide utk habiskan 5minit tempoh menunggu di depan pondok guard IKM. Aku pun terjenguk-jenguk, intai-intai kelibat rider perempuan aku yg nda kunjung tiba ni.

Tiba-tiba aku perasan sorang remaja lelaki yg sedang duduk tepi pondok guard toleh tengok aku. Budak ni dari aku first sampai tadi memang sudah menunggu sana, sambil main fon. Dia terus menuju ke kereta aku dan sebut nama aku. Aku iyakan.

Rupanya kawan perempuan dia yg requestkan Uber utk mamat ni. Damn. Aku hantar dia ke area kedai baru depan Politeknik. Aku rasa lucu sebab dalam 3minit la juga aku tunggu baru dia perasan.

Begitulah cerita trip pertama aku. Sekian.

Wednesday, April 17, 2019

KISAH UBER DAN GRAB


Kisah Uber & Grab - aku jadi sentimental sikit lepas Uber Malaysia digabungkan dengan Grab. Selama ni aku jadi driver Uber untutk tambah2 sikit pendapatan waktu hujung minggu. Dapat RM100 online dari pagi sampai petang pun aku rasa bersyukur sangat.

Awalnya aku ragu-ragu juga mau daftar Uber ni tapi akhirnya aku bulatkan juga tekad dalam hati untuk dapatkan rezeki yang halal.

Aku ingat lagi hari terakhir sebelum Uber merge dengan Grab, aku still online Uber sebab time tu aku belum daftar Grab lagi.

Banyak kenangan aku dgn Uber yg aku akan cerita kalau aku masih ingat lagi la. 

Ok itu cerita jadi driver.

Kalau aku request pulak, aku akan request Grab instead of Uber. Why? Ntah. Sebab kuasa memilih di tangan aku, suka aku la. Kakakaka

Thursday, April 11, 2019

KISAH UBER 4 - BUAT BAIK DIBALAS HONEYDEW


Kisah Uber 4 - dapat request dari Giant Kolombong, sorang ibu dgn anak perempuan umur sekolah rendah. Baru beli barang dapur dekat pasar tamu. Agak banyak juga sayur-sayuran dan buah-buahan yang mereka beli. Skema betul ayat aku. Kakaka 

Request ke UCA1.
Sebelum sampai pin, ada satu lagi request masuk. Dengan tenang aku accept.

Sampai ja ke destinasi, dengan penuh gaya gentlemen aku keluar buka bonet belakang tolong2 makcik tu unload barang2 dia. Tiba2 satu plastik berisi honey dew 3biji koyak teburai tergolek buah2 tu di parking. Menggelupur juga aku kejar kumpul semua. Iya la kalau masuk bawah kereta, menonggeng jugak kalau mau ambil. Sedangkan dulu kalau main bola petang-petang, bola masuk bawah kereta pun aku suruh adik aku yang ambil. Kakakaka

Ok, kau orang ingat ka tidak tadi aku sudah accept 1job sebelum hantar makcik & anak dia ni. Sebagai driver Uber, aku sepatutnya terus choww ambil next request. Tetapi sebagai warganegara yang berbudi pekerti mulia, melihat tangan makcik tu sudah penuh dengan barang dan buah2 tu tiada plastik sebab sudah koyak, aku pun sukarela kepit buah2 tu konon2 mau tolong angkat, sumpah aku ikhlas time ni. 

Makcik kata JANGAN, but I insist. Aku pun off kereta untuk menunjukkan keseriusan aku membantu.

Pappppp!! Tingkat 4, tiada lif. Kakakakaka berpeluh jugak la ketiak aku. Sampai ja atas, makcik tu hulur sebiji honey dew. Aku kata JANGAN, tapi makcik tu insist.

Okfine. 

Senyum2 aku jinjing honey dew sebiji masuk bonet. Kehkehkeh

Nampak tu anak2, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi, kita merasa. 

"Sorry bang, saya lambat sikit. Ada barang jatuh tadi masa hantar customer" sapaku kepada customer seterusnya.

Sekian.

Cerita 2019.

Tuesday, April 2, 2019

KISAH UBER 3 - DI KALA HUJAN LEBAT


Kisah Uber 3 - jam8 malam aku dapat request dari Taman Kensington, Kelansanan. Masa tu hujan lebat gila. Sampai ja depan rumah tu aku call rider sebab mungkin dia xperasan aku sampai. "Tunggu kejap bang, parking la depan sikit" ringkas jawabnya, suara perempuan. Aku pun adjust sikit parking aku. Hujan masih lebat.

5 minit aku tunggu masih lagi rider xkeluar dari rumah. Aku intai sikit dalam rumah tu, ada pergerakan manusia. Aku call rider lagi sekali. "Sorry bang, kejap lagi k" aku mula hilang sabar. Aku off enjin kereta. Hujan masih lebat. Kalau kensel, rugi ni, jarang orang request kalau hujan malam. Anu tunggu.

2minit lepas tu masuk 2orang remaja perempuan masuk kereta, tercungap diorang berlari sebab tiada payung. Aku start enjin, requestnya ke Suria Sabah. "Ada masalah keluar tadi bang, sorry3" aku buat2 angguk kepala.

Aku try buka cerita sambil drive, aku ingat dua ni adik beradik sebab rapat dan sekepala, rupanya bukan. Diorang kawan rapat ja. Sembang2 baru mau masuk kk, tiba2 budak tu kecoh lepas tengok fon dia.

Rupanya yang request tu boypren dia, diorang minta tolong request sebab tiada cash, dengan harapan pakwe dia pay guna credit card, tapi boypren bangang tu request guna cash jugak. Bangang kuasa dua. Kalau aku, aku clashkan onthespot kalau dapat pakwe bangang begitu.

"Saya online transfer la bang, boleh?" Budak tu bagi cadangan. "Maybank ada?" Aku jawab ringkas.

Malam tu terciptalah sejarah pertama kali aku terima tambang guna online banking.
Ok itu ja cerita aku sebenarnya.

Lepas setel transaction, kami pun bertukar- tukar lambaian tangan di entrance Suria Sabah.

Hujan hampir reda.

Wednesday, March 20, 2019

KISAH UBER 2 - JALAN ANGKER


Kisah Uber 2 - masa tu malam, dalam jam9, dapat request area Tebobon tapi masuk dalam, sampai satu tahap jalan jadi 1lorong, kiri kanan hutan. Line fon tiada so aku ikut ja pin dalam map. 

Pelan-pelan aku susur jalan 1lorong tu sampai la masuk satu simpang turun bukit gravel, tiada jalan tar. Aku berhenti sekejap.

Time ni hati aku berkira-kira mau teruskan atau patah balik. Suasana gelap, tiada lampu jalan. Nama rider perempuan langsung tidak menyedapkan hati aku yang asyik terbayang-bayang pontianak. Jarang pontianak nama lelaki.

Akhirnya hati kecil aku suruh juga aku teruskan perjalanan.

Rupanya dalam hutan tu ada resort, Borneo Tree House namanya. Naik 2org perempuan muda, lepasan kolej, pekerja di resort. Request ke CP. Sorang orang Indonesia, sorang local, belajar kolej sama.

Cerita punya cerita, akhirnya sampai ke destinasi. Sekian cerita aku. Kakakakakaka

Seram kan cerita aku?

Tuesday, March 19, 2019

KISAH UBER 1 - SEBELUM GRAB AMBIL ALIH (KERETA SAMPAH)


Kisah Uber 1 - TRAILER

Kisah Uber 1 (sebelum GRAB ambil alih) Kereta Sampah

masa tu lebih kurang jam9 malam. Aku dapat request dari kawasan Kayu Madang, jauh juga la masuk, mula2 lalu kawasan rumah kampung lepas tu masuk jalan gravel, rumah makin kurang. Aku buka tingkap masa tu dan dekat2 sampai pin location, terhidu bau yang busuk. Bau sampah. Otak aku time tu lambat pulak proses yang area Kayu Madang ni sebenarnya kawasan tapak pelupusan sampah. Aku mula serba salah mau cancel atau teruskan, tapi akhirnya aku teruskan juga. "Last trip, last trip" aku pujuk hati aku yg mula rasa berbelah bahagi.

Nampak kelibat 2orang lambai2 guna lampu fon, masa ni otak aku berbelah bahagi, teruskan atau cancel. Last sekali aku teruskan juga.

Aku berhenti, 2orang tadi, ibu dan anak perempuan belasan tahun pasang plastik jernih di bonet belakang dan kerusi belakang kereta, lepas tu masukkan karung berisi sampah yg diorang rasa boleh digunakan semula. Kotor dan busuk, tapi aku xtau kenapa aku relakan juga. Penuh sampah kereta aku. Sambil diorang masukkan karung2 tu, aku snap gambar.
Iya tuan puan, mereka ni scavenger, pengutip sampah yg aku pernah nampak dalam dokumentari negara Filipina, Indonesia & negara2 dunia ketiga, mereka wujud di Sabah, Malaysia.

Aku xbercakap sepatah pun dalam perjalanan, fikiran aku berfikir macamana bersihkan kereta lepas ni, terfikir juga terdesak hidup anak beranak ni sampai jadi begitu. Pin rumah diorang agak jauh di area Sulaman, satu2 arah jalan, anak dia tunjuk. Dari loghat, aku yakin orang tempatan.

Mereka bayar tambang 2kali ganda, aku terima tanpa banyak cerita, sambil hulur duit, makcik tu cakap, "macam ni la nak, cari rezeki". Aku jawab, "sama la kita makcik". Aku terus offline.

- Tahun 2017